Muzaffar Musa
Wed Mar 15 2023
Jurgen Klopp tidak berilusi untuk menilai tugasan yang akan dilalui Liverpool untuk menterbalikkan defisit 2-5 menjelang perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Real Madrid awal pagi esok.
Selepas mendahului 2-0 dalam perlawanan pertama di Anfield, The Reds bagaimanapun gagal mengekang amukan Madrid, di mana vinicius Junior dan Karim Benzema, masing-masing menjaringkan dua gol, sambil Eder Militao turut menemui sasaran.
Ia menyaksikan Liverpool sekali lagi perlu mengharapkan keajaiban dalam UCL untuk layak ke suku akhir kejohanan itu, sekali gus menghidupkan peluang mereka untuk memenangi sekurang-kurangnya satu trofi musim ini.
Liverpool memiliki sejarah bangkit daripada ketinggalan tiga gol dalam perlawanan timbal balik. Mereka merupakan satu daripada hanya empat pasukan yang pernah melakukan perkara itu, di mana mereka bangkit daripada ketinggalan 0-3 sewaktu menghadapi Barcelona di Camp Nou dengan mencatatkan kemenangan 4-0 di Anfield dalam separuh akhir pada 2019.
Bagaimanapun, untuk melakukan perkara sama ke atas Madrid di Santiago Bernabeu, ia dilihat sesuatu yang amat sukar.
Bercakap dalam sidang media menjelang pertemuan itu, Klopp enggan memberikan sebarang harapan buat Liverpool, yang akan turun tanpa kelibat Jordan Henderson kerana masalah kesihatan, kerana peluang untuk mereka melakukannya kelihatan agak mustahil.
"Hanya ada 1 peratus peluang untuk saya mencubanya, kami berada di sini untuk menghadapi lawan yang teramat kuat dan mencuba untuk memenangi perlawanan ini.
"Sesukar mana pun ia, masih ada kemungkinannya. Kelihatan tidak mungkin tetapi masih boleh.
"Kami amat menghormati kejohanan ini, kami amat menghormati lawan kami dan tidak mahu terlalu berharap dalam perlawanan ini," katanya.
Pramusim: JDT congak kekuatan dengan kelab divisyen empat Sepanyol
Pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), meneruskan jelajah pramusim di Sepanyol dengan menguji pasukan dari liga divisyen empat negara itu, CF La Nucia.
Piala Asia B-23: Kekalahan Malaysia 'merugikan' -- Norshahrul Idlan Talaha
'Merugikan', itu yang dirumuskan oleh penolong skuad penolong jurulatih skuad B-23 tahun skuad Kuala Lumpur City, Norshahrul Idlan Talaha, susulan Malaysia tewas 0-2 kepada Uzbekistan dalam aksi Piala Asia B-23 sebentar tadi.
Kami sedia membantu -- Penyokong Kedah
Presiden kelab penyokong Hijau Kuning, Saiful Azrul Che Lah, berpuas hati dengan komitmen pasukan Kedah Darul Aman (KDA), untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji demi kelangsungann pemain dan pasukan dalam kancah liga tempatan.
Piala Asia B-23: Malaysia gagal tumbangkan juara edisi 2018
Malaysia terpaksa berdepan langkah kiri apabila tewas 2-0 kepada Uzbekistan dalam aksi Piala Asia B-23 di Qatar di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi.
Piala Asia B-23: Malaysia bermain baik sebelum penalti Uzbekistan -- Kenny Palraj
Sepakan penalti yang disempurnakan Jasurbek Jaloliddinov ternyata menjejaskan rentak cemerlang permulaan permainan Harimau Muda dalam aksi pembukaan Piala Asia B-23 sebentar tadi.
Separuh Masa: Malaysia ketinggalan dengan satu jaringan
UZBEKISTAN 1 MALAYSIA 0
Kelab divisyen dua Sepanyol mangsa belasahan JDT
Persiapan pramusim Johor Darul Ta'zim (JDT) di Sepanyol bermula dengan langkah kanan susulan kejayaan merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Real Murcia di Estadio La Rosaleda sebentar tadi.
Piala Asia B-23: Ini kesebelasan utama Harimau Muda
Harimau Muda menurunkan barisan kesebelasan utama menjelang aksi pertembungan menentang Uzbekistan yang akan berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar, 9 malam ini.
redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Kedah Darul Aman tandatangani pemain import baru
Walaupun dibelenggu masalah membabitkan kewangan kelab, skuad kendalian Nafuzi Zain itu mengumumkan kehadiran pemain import baru bagi memperkuatkan posisi tertentu.
redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Kelantan Darul Naim sedia beri saingan sengit
Kelantan Darul Naim (KDN), ingin membawa semangat penyokong The Red Warriors bersama mengharungi cabaran Liga Super, Mei depan.
Football rumours: Mo Salah tipped to leave Liverpool
The update comes as Liverpool are believed to have rejected a £200 million bid from a Saudi club for him last summer.
NBA: Embiid leads 76ers to 7th seed; White scores career-high 42 in Bulls' rout
Embiid leads 76ers to 7th seed
Heat forward Butler needs MRI on injured right knee
The Heat's season is down to a must-win game and the availability of star forward Jimmy Butler is in question due to his injured right knee
‘No regrets’ says Pep Guardiola after Manchester City loss in Champions League
Yorkshire not in ECB’s new ‘Tier 1’ revamp of women’s professional game
Mikel Arteta: What Arsenal still have to play for is beautiful
I still believe – Philippe Clement not losing hope despite title setback
Penalty heartache for Manchester City as Real Madrid end Champions League dream
Bernardo Silva and Mateo Kovacic both missed from the spot as City were beaten 4-3 in a shoot-out.
Rangers title bid suffers another blow in drab goalless draw at Dundee
Arsenal’s season suffers another blow with Champions League exit in Munich