UCL: Kad merah Marcus Rashford ubah nasib Man Utd di Copenhagen

Shaiful Shamsudin
November 9, 2023 00:51 MYT
COPENHAGEN 4 MAN UTD 3
Erik ten Hag berang dengan 'tiga keputusan perit yang tidak memihak Manchester United' dalam kekalahan lewat di Copenhagen yang menyempitkan peluang mereka untuk mara ke fasa kalah mati Liga Juara-Juara (UCL).
Pertemuan Kumpulan A awal pagi tadi itu bermula dengan jaringan Rasmus Hojlund ke atas bekas kelabnya tetapi berakhir dengan kekalahan 3-4 yang dicetuskan oleh kad merah Marcus Rashford.
Penyerang United itu diperintahkan keluar padang selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) pada lewat separuh masa pertama berhubung kekasaran terhadap Elias Jelert, lalu Mohamed Elyounoussi pantas menjaringkan gol sebelum Diogo Goncalves menyamakan kedudukan daripada sepakan penalti.
Sepakan Penalti Bruno Fernandes kemudian meletakkan pasukan pelawat kembali di hadapan dalam separuh masa kedua tetap Lukas Lerager dan pemain gantian, Roony Bardghji, meletakkan tuan rumah di depan dalam satu kesimpulan kepada sebuah perlawanan yang penuh drama itu.
“Temti sekali kami sangat kecewa memadangkan kami bermain dengan sangat baik,” kata pengurus itu.
“Saya rasa kami memulakan permainan dengan baik. Mempunyai minit terbaik musim ini.

⏹️ 10-man United are defeated in Denmark.#MUFC || #UCL

— Manchester United (@ManUtd) November 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami di landasan kemenangan dan saya rasa kad merah itu telah mengubah segala-galanya.
“Kemudian kami melepaskan dua gol sebelum rehat yang tidak sepatutnya dikira.
“Yang pertama disebabkan ofsaid dan kedua, sepakan penalti selain ini kali empat sepakan penalti tidak memihak kami. Saya boleh katakan tiga sebab ini sangat boleh dipertikaikan.
“Kad merah ke atas Rashford juga agak keras. Saya rasa dia meluru untuk mendapatkan bola dan pengadil memerlukan masa yang begitu lama untuk menjadikannya kad merah.”
#Manchester United #Marcus Rashford #UCL #Copenhagen