UCL: Joao Mario, Neres pastikan bekalan selesa buat Benfica

Muzaffar Musa
February 16, 2023 11:13 MYT
CLUB BRUGGE 0 BENFICA 2
Benfica selangkah untuk ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas jaringan Joao Mario dan David Neres dalam babak kedua memastikan mereka menewaskan Club Brugge 2-0 dalam aksi pertama pusingan 16 awal pagi tadi.
Dalam aksi di Stadium Breydel itu, Brugge memberikan pelawat dua peluang berharga dan dihukum serta-merta.
Kekasaran yang dilakukan Jack Hendry ke atas Goncalo Ramos membolehkan Joao Mario menyempurnakan sepakan penalti dengan menewaskan Simon Mignolet pada minit keenam babak kedua.
Fredrik Aursnes, Antonio Silva dan Rafa Silva antara yang terlepas peluang sepanjang babak pertama tetapi Neres memastikan kesilapan itu tidak akan menghantui mereka apabila memanfaatkan kealpaan Bjorn Meijer untuk menjaringkan gol kedua Benfica pada minit ke-88.
Kedua-dua pasukan itu akan kembali bertemu bagi aksi timbal balik di Lisbon pada 8 Mac ini, di mana Benfica sedang memiliki momentum terbaik dengan tidak pernah tewas sebarang perlawanan di laman sendiri sepanjang musim ini.

Benfica seal a win in Belgium ?#UCL pic.twitter.com/uFosn9v37f

— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) February 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Club Brugge #Benfica #Liga Juara-Juara Eropah
;