UCL : Jaringan tunggal Ferran Torres pastikan tiga mata Barcelona

Sabrina Mustaffa
October 5, 2023 12:37 MYT
Pemain gantian, Ferran Torres meledak satu-satunya gol dalam perlawanan ketika Barcelona mempamerkan penguasaan penuh dalam aksi kumpulan H Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan sukar 1-0 ke atas tuan rumah, Porto.
Tuan rumah mempunyai sebahagian besar peluang namun disia-siakan akibat kesilapan Romario Baro pada masa kecederaan separuh masa pertama yang membuka ruang buat Torres meloloskan diri untuk membuat sepakan melepasi Diogo Costa.
Perlawanan tersebut ternyata bukan mudah buat pasukan pelawat yang terpaksa bertahan di penghujung perlawanan ketika Gavi dibuang padang susulan dilayangkan kad kuning kedua.
Pada malam bersejarah buat Barca, ketika Xavi mempertaruhkan Lamine Yamal dalam kesebelasan utama, menjadikannya pemain permulaan termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara pada usia 16 tahun 83 hari, mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang Celestine Babayaro.
Pemain muda itu memberi banyak ancaman di barisan depan pasukan tuan rumah, begitu juga dengan bekas bintang Benfica, Joao Felix yang disambut baik sekembalinya ke Portugal.
Baro sepatutnya mampu terjemah peluang dengan lebih baik dengan hantaran silang Joao Mario pada minit ketujuh tetapi gagal melepaskan rembatannya. Sentuhan Pepe kemudiannya turut mengecewakan selepas dinafikan Mehdi Taremi.
Penjaga gol Barca, Marc-Andre Ter Stegen tiada masalah menidakkan deretan percubaan Stephen Eustaquio sebelum Felix menggertak pasukan tuan rumah dengan percubaan sebenar yang hampir merobek gawang Porto.
Manakala malam Robert Lewandowski diakhiri dengan kecederaan buku lali tepat selepas 30 minit waktu permainan di mana dia digantikan dengan duri dalam daging buat Porto, Torres.
Namun Porto tetap teruskan ancaman bahaya kepada Barca dengan Wendell menimbulkan kesukaran di sayap kiri.
Usaha Porto akhirnya musnah akibat kesilapan Baro menuju ke bilik persalinan, membuka ruang buat Ilkay Gundogan memintas dan membuat hantaran kepada Torres untuk sempurnakan jaringan.
Masing-masing bermain bertahan di babak kedua dan ketika perlawanan tersasar melebihi tanda sejam, Taremi dan Wendell seolah-olah diberi secebis peluang ketika menuntut sepakan penalti namun keputusan VAR tidak memihak Porto.
Pada minit akhir perlawanan, Gavi dibuang padang sebelum Francisco Conceicao hampir sahaja mengejutkan Barca dengan gol penyamaan.
#Barcelona #Porto #UCL #LaLiga #Ferran Torres
;