UCL: Jaringan 'pengantin baru' Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Ammar Hakim
September 17, 2024 07:05 MYT
September 17, 2024 07:05 MYT
Real Madrid memulakan kempen mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-1 ke atas Stuttgart di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Naib juara Bundesliga musim lalu, Stuttgart, ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois, melakukan deretan aksi cemerlang untuk memastikan Madrid kekal tidak dibolosi, menafikan peluang Jamie Leweling dan Angelo Stiller sebelum separuh masa.
Kylian Mbappe membuka jaringan buat tuan rumah selepas perlawanan bersambung, menyempurnakan hantaran Rodrygo menerusi gerakan serangan balas yang pantas.
Stuttgart enggan mengalah apabila mereka menyamakan kedudukan menerusi Denis Undav pada minit ke-68.
Bagaimanapun, tiga mata menjadi milik Madrid apabila Antonio Rudiger menanduk masuk sepakan sudut Luka Modric pada minit ke-83 sebelum Endrick menjaringkan gol pertama di pentas UCL dalam masa kecederaan.
1 - At 18 years and 58 days, Endrick Felipe has become the youngest player to score for Real Madrid in the history of the Champions League, surpassing Raúl González Blanco's previous record against Ferencvárosi TC in 1995 (hat-trick at the age of 18 years and 113 days). Star. pic.twitter.com/KybTP5GeCD
— OptaJose (@OptaJose) September 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.