Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, menafikan dia mempunyai masalah dengan Erling Haaland selepas penyerang Norway itu menjaringkan dua lagi gol awal pagi tadi.

Haaland adalah bintang persembahan untuk City sekali lagi apabila dia membantu pasukannya menang 4-0 dan merangkul ke tangga teratas peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara.

Selepas perlawanan itu, Guardiola diminta oleh wartawan BT Sport Jules Breach untuk menamakan aspek persembahan separuh masa kedua pasukannya yang paling menggembirakannya. “Kami memberikan lebih banyak hantaran,” jawab pengendali kelahiran Sepanyol itu.

“Kami mahu melakukannya kerana Erling seorang pemain yang sangat pantas. Untuk menyerang kadangkala kami perlu melakukan lebih banyak hantaran.”

Dan apabila Breach membuat susulan dengan bertanya sama ada tumpuan kepada Haaland menyebabkan pasukannya bermasalah, Guardiola menjawab, “Tidak, saya tidak berkata begitu. Saya lebih suka dia berada di atas padang.”

City berada dalam prestasi hebat di Sepanyol, dengan Haaland hanya mengambil masa 20 minit untuk membuka akaun Liga Juara-Juara untuk Citizens apabila dia mendapat hantaran lintang Kevin de Bruyne yang menggoda sebelum ditampan masuk ke gawang.

Phil Foden kemudian melakukan percubaan rendah ke bahagian belakang jaring pada pertengahan babak kedua, sebelum Haaland mencatatkan gol buat kali kedua selepas satu lagi percubaan Foden ditepis kepadanya. Dan juara Liga Perdana Inggeris (English Premier League) itu melengkapkan tiga mata pada masa kecederaan ketika Ruben Dias merembat bola dari jarak dekat.

City kini mengungguli Kumpulan G Liga Juara-Juara selepas menjaringkan satu gol tambahan daripada Borussia Dortmund, yang turut meraih tiga mata daripada perlawanan pembukaan selepas menundukkan Copenhagen 3-0 di Jerman.

The Citizens bersedia untuk melayan kunjungan Dortmund di Stadium Etihad dalam pertemuan kedua Eropah mereka Rabu depan.