UCL: Chelsea tewaskan Lille dengan harga mahal

Muzaffar Musa
February 22, 2022 23:50 MYT
CHELSEA 2 LILLE 0
Jaringan Kai Havertz dan Christian Pulisic memastikan Chelsea membawa kelebihan daripada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menewaskan Lille 2-0 awal pagi tadi tetapi Mateo Kovacic dan Hakim Ziyech terpaksa meninggalkan padang dengan kecederaan.
Walaupun Romelu Lukaku diletakkan di bangku pemain simpanan berikutan aksi hambarnya ketika menentang Crystal Palace hujung minggu lalu, Chelsea hanya memerlukan lapan minit untuk Havertz menanduk masuk gol pembukaan di Stamford Bridge susulan sepakan penjuru Ziyech.
Pasukan juara bertahan itu kemudian ditimpa malang apabila dua ayam tambatan, Kovacic dan Ziyech, terpaksa meninggalkan padang dengan terhincut-hincut menjelang sejam perlawanan, sekali gus mungkin tidak diturunkan ketika Chelsea menghadapi Liverpool dalam final Piala Liga Inggeris (EFL) hujung minggu ini.
Pulisic, bagaimanapun, memberikan kelegaan buat skuad bimbingan Thomas Tuchel itu dengan menyudahkan umpanan gemilang N'golo Kante pada minit ke-63.
Kedua-dua pasukan akan kembali bertemu di Perancis bulan depan tetapi The Blues terlebih dahulu perlu menghadapi Liverpool bimbingan Jurgen Klopp dalam final Piala EFL di Wembley awal pagi Isnin ini.

4 - Chelsea have scored more goals via corners in the UEFA Champions League this season than any other side (4). Advantage. pic.twitter.com/5s8YusZoSh

— OptaJoe (@OptaJoe) February 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Chelsea #Lille #Liga Juara-Juara Eropah