UCL: Brendan Rodgers kecewa Celtic dibolosi minit-minit akhir

Ammar Hakim
October 5, 2023 10:32 MYT
Pengurus Celtic, Brendan Rodgers, mengakui kekalahan 2-1 di minit-minit akhir kepada Lazio dalam aksi Liga Juara-Juara 'cukup mengecewakan' selepas dia berasakan mereka berhak mendahului permainan.
Luis Palma menyangka telah memberikan gol buat juara Scotland itu pada minit ke-81 namun ia dibatalkan VAR kerana ofsaid.
Apa yang lebih mengecewakan lima berikutnya dalam masa kecederaan apabila Pedro merampas bola daripada Cameron Carter-Vickers sebelum memastikan dirinya bertindak sebagai wira pasukan memastikan kemenangan kelab Itali itu di tempat lawan.
Celtic mendahului menerusi Jaringan Kyogo Furuhashi namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Matias Vecino menyamakan kedudukan.
Rodgers berkata, “Saya amat kecewa. Saya rasa kami benar-benar layak mendapatkan sesuatu daripada perlawanan ini.
“Kami mempunyai permulaan yang hebat dan menjaringkan gol yang hebat. Saya kecewa kami dibolosi, saya rasa kami boleh melakukan lebih baik ketika bertahan.
“Kami berjaya melepasi mereka dan ia kelihatan seperti menunggu masa sebelum kami dapat menjaringkan gol. Kami mendapat gol tetapi malangnya terdapat pemain berada dalam kedudukan ofsaid."
#Celtic #Lazio #UCL #Liga Juara-Juara
;