UCL: Barella, Lukaku bantu Inter peroleh bekalan selesa ke San Siro

Ammar Hakim
April 11, 2023 07:44 MYT
Nicolo Barella dan Romelu Lukaku menjaringkan gol buat Inter yang melakar kemenangan 2-0 ke atas Benfica di tempan lawan dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Dalam pertembungan sengit di Estadio da Luz, kedua-dua pasukan sukar untuk menghadirkan peluang, namun tuan rumah mendominasi separuh masa pertama dalam usaha mendapatkan jaringan di laman sendiri.
Sebaliknya, Inter berjaya mendahului menerusi Barella sebelum pemain gantian Lukaku menjaringkan gol menerusi sepakan penalti bagi memastikan kemenangan buat kelab Serie A.
Anak buah kendalian Simone Inzaghi kini mengawal pertembungan menjelang aksi timbal balik, yang bakal dilangsung di San Siro minggu hadapan.

1 - Nicolò #Barella has scored his first headed goal with Inter in all comps. He has also netted 7 goals in 2022/23 in all comps, a record for him in terms of goals in a single season in career. Inedited.#BenficaInter #UCL pic.twitter.com/zGC2mM5eGZ

— OptaPaolo (@OptaPaolo) April 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Benfica #UCL #Inter
;