UCL: Barcelona berdepan ranjau paling mencabar -- Xavi

Shaiful Shamsudin
March 11, 2024 22:13 MYT
Pengurus Barcelona, Xavi, mengisytiharkan perlawanan Liga Juara-Juara (UCL), dengan Napoli awal pagi esok sebagai perlawanan paling getir musim ini.
Kedua-dua pasukan sama handal dalam pertemuan pertama di Itali tiga minggu lalu yang menyaksikan penyudah Robert Lewandowski dipadamkan oleh Victor Osimhen untuk Napoli ketika terikat 1-1.
Juara lima kali itu belum mara ke suku akhir UCL sejak musim 2019-20, lantas Xavi tanpa ragu-ragu menegaskan kepentingan perlawanan timbal balik pusingan 16 di Estadi de Montjuic.
“Ia merupakan perlawanan paling mustahak musim ini dan kami bersedia dengan penuh semangat,” katanya.

?️Xavi on his approach to the game in the face of recent injuries...#BarçaNapoli | @ChampionsLeague pic.twitter.com/gJp6uYkDXR

— FC Barcelona (@FCBarcelona) March 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Sudah empat tahun sejak kami berada dalam suku akhir dan itulah cara kami menghampirinya.
“Kami mahu bersaing walaupun mereka bukan di tahap terbaik tapi mempunyai asas untuk menjuarai Serie A.
“Kami taggih stadium dipenuhi. Peminat perlu memberi sokongan kuat dan menjadikan Montjuic sebagai periuk bertekanan tinggi.”
#Barcelona #UCL