UCL: Azpilicueta pastikan Chelsea tidak tewas ke suku akhir

Muzaffar Musa
March 17, 2022 08:51 MYT
LILLE 1 CHELSEA 2
(Chelsea ke suku akhir dengan agregat 4-1)
Cesar Azpilicueta menjaringkan gol kemenangan ketika Chelsea bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Lille 2-1 dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi
Di sebalik kegusaran mengenai kemampuan Chelsea untuk beraksi di peringkat Eropah berikutan sekatan yang dikenakan ke atas pemilik mereka, Roman Abramovich, The Blues meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir kejohanan Eropah itu dengan kelebihan agregat 4-1.
Burak Yilmaz membuka jaringan buat Lille di Stade Pierre-Mauroy menerusi sepakan penaltinya pada minit ke-38 tetapi Christian Pulisic kembali menyamakan kedudukan buat pelawat dalam waktu kecederaan sebelum ke bilik persalinan.
Percubaan Xeka terkenang tiang gol Chelsea dalam babak kedua tetapi Azpilicueta menamatkan perjuangan pasukan tuan rumah itu dengan jaringannya pada minit ke-71, sekali gus memastikan skuad juara bertahan berkenaan ke suku akhir.
Seterusya, Chelsea akan menghadapi Middlesbrough dalam suku akhir Piala FA hujung minggu ini manakala Lille pula bertandang ke Nantes bagi saingan Ligue 1.

? César Azpilicueta's last two goals in this competition: ⚽️? LOSC, March 2022 ⚽️? LOSC, December 2019#UCL pic.twitter.com/qRzBedaRik

— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Chelsea #Lille #Liga Juara-Juara Eropah
;