Muzaffar Musa
Thu Sep 15 2022

REAL MADRID 2 RB LEIPZIG 0
Carlo Ancelotti menzahirkan penghormatan istimewanya buat pemain gantian, Marco Asensio, selepas Real Madrid mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas RB Leipzig dalam aski Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
Pasukan juara bertahan itu kini mengumpulkan enam mata maksimum daripada dua perlawanan pertama selepas meledakkan dua gol dalam tempoh 10 minit terakhir di Santiago Bernabeu.
Selepas Federico Valverde memecahkan kebuntuan buat Madrid pada minit ke-80, Asensio kemudian memutlakkan kemenangan itu dengan rembatan deras dari luar kotak penalti selepas menerima bola daripada sepakan percuma Toni Kroos pada minit ke-90, sekali gus mencipta rekod sebagai pemain gantian paling banyak menjaringkan gol dalam sejarah UCL menerusi jaringan kelapannya.
Pemain sayap itu, yang masuk menggantikan Eduardo Camavinga pada minit ke-64, hangat dikaitkan untuk meninggalkan Madrid pada jendela perpindahan lalu dan turun dalam perlawanan kali ini hanya dengan 17 minit permainan buat Los Blancos sepanjang musim ini.
Dia jelas menunjukkan kekecewaannya apabila dilihat mengamuk ketika tidak dimasukkan Ancelotti sewaktu pasukan berkenaan menewaskan Mallorca 4-1 hujung minggu lalu, di mana dia melemparkan bibnya ke lantai dan menyepak bekas minuman tetapi kali ini, pengendali berbangsa Itali itu tidak teragak-agak dalam menghamburkan pujian buat Asensio.
"Saya gembira, dia mendapat minit dan memanfaatkannya. Saya fikir dia memerlukan jaringan ini," kata Ancelotti, yang menjadi jurulatih kedua mencecah 100 kemenangan dalam perlawanan UCL selepas Alex Ferguson (102).
"Pada awalnya, dia agak ragu-ragu sama ada mahu kekal atau meninggalkan pasukan ini tetapi pada akhirnya, dia memilih untuk kekal dan kami semua gembira dengannya.
"Ia satu perlawanan yang baik walaupun kami berdepan kesukaran dalam babak pertama.
"Perkara paling penting adalah untuk mengelakkan ruang kosong di belakang pertahanan dan kerana itulah kami memperlahankan rentak.
"Selepas rehat, kami memilih untuk mempamerkan aksi lebih bertenaga dalam perlawanan ini," katanya.

Liga Super: PDRM kukuh reputasi 'pembunuh gergasi' tumbangkan Sabah
PDRM FC menguatkan status sebagai pasukan 'pembunuh gergasi' apabila menewaskan pasukan pilihan, Sabah FC, 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.

Liga Super: Terengganu tagih aura pemain ke-12 hadapi JDT
Penyokong Terengganu (TFC) diminta untuk memenuhi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menjelang kunjungan penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT), bagi aksi Liga Super malam esok.

Liga Super: Kedah jauh lebih baik berbanding Perak, kata Yusri Che Lah
Pemain import berkualiti dan pemain tempatan yang berpengalaman luas dimiliki Kedah Darul Aman (KDA) FC menjadi antara sebab Perak FC tumpas 0-3 dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada semalam.

Liga Super: Ayron del Valle ketuai pesta jaringan Selangor
Selangor FC mengekalkan kedudukan di tangga kedua Liga Super selepas membelasah Kelantan United FC 7-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi.

Liga Super: Manzoor Azwira gesa Penang tamatkan rentetan kekalahan
Ketua jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abdul Wahid, menggesa pasukannya menamatkan rentetan kekalahan menjelang perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Bandaraya malam esok.

Liga Super: Bruno Suzuki tidak gentar hadapi Sabah
Bintang PDRM FC, Bruno Suzuki, berkata dia tidak rasa sebarang tekanan akan menjadi sasaran pemain lawan menjelang pertemuan Liga Super dengan Sabah FC di Stadium Petaling Jaya malam esok.

Persahabatan antarabangsa: Natxo Insa kembali dipanggil, Dion Cools tiada dalam senarai
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 27 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat bagi aksi persahabatan antarabangsa tier 1 menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea di Kuala Terengganu pertengahan bulan ini.

Persahabatan: Skuad B-17 negara tewas tipis kepada Uzbekistan
Skuad B-17 negara tewas tipis kepada Uzbekistan dalam perlawanan persahabatan tier 2 di Stadium UiTM, Shah Alam sebentar tadi.

Liga Super: Kelantan United amat dahagakan tiga mata -- Nazrulerwan
Penolong jurulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor, mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak mudah leka berdepan Selangor FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam esok.

Liga Super: Jangan sampai Kelantan FC lingkup -- pemerhati
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham, perlu kembali memenangi hati pemainnya sekiranya mahu melihat kelab pantai timur itu bangkit dalam pusingan kedua Liga Super musim ini.

Rory McIlroy in striking distance as he chases Canadian Open hat-trick
McIlroy two strokes off lead heading into final round alongside Tommy Fleetwood and Justin Rose.

Manchester City treble-winners can be judged among the greats – Pep Guardiola
City beat Inter Milan 1-0 in Istanbul to add the Champions League to their Premier League and FA Cup successes.

Rio Ferdinand: We all agree Pep Guardiola is one of greatest managers ever
The Spanish manager secured a 12th major trophy with City.

Pep Guardiola emotional as Manchester City win Champions League to seal treble
Rodri’s lone strike took the trophy back to the Etihad Stadium.

Live – Treble-chasing Manchester City face Inter Milan in Champions League final
City are looking to win the competition for the first time.

India bid hit by stunning Cameron Green catch after Australia set record target
Australia set India an unprecedented 444 to win in just over four sessions in the World Test Championship final.

Novak Djokovic faces Casper Ruud in French Open final with history in his sights
The Serbian can become the most successful man ever by defeating Casper Ruud.

Singapore Open: Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei halted in semis
Malaysia's participation at the Singapore Open ended in the semi-finals following losses to Chen Tang Jie-Toh Ee Wei and Aaron Chia-Soh Wooi Yik on Saturday.

Katie Swan to face Yanina Wickmayer in Surbiton Trophy final
Swan could go on to claim the British number one ranking if she lifts the title.

Manchester City owner Sheikh Mansour in Istanbul to watch Champions League final
It will only be the second game he has attended since his investment vehicle, the Abu Dhabi United Group, purchased City in 2008.