Ubi muda JDT mengamuk baham Singapura

Saufi Tahir
October 8, 2024 17:33 MYT
Pasukan Johor Darul Ta'zim B-16 menewaskan pasukan Singapura B-16, 5-1 dalam saingan Piala Lion City untuk menduduki tempat ketiga kejohanan di Stadium Jalan Besar, semalam.
Wakil tuan rumah terpaksa akur di laman sendiri selepas dikecewakan dengan dua jaringan daripada Fadhlul Hadi, Nur Hakim Irwan dan Arayyan Hakeem manakala gol tunggal Singapura hasil menerusi Luth Harith Fathi.
Pasukan dari Jepun, Tokyo Verdy, muncul juara selepas menewaskan juara bertahan dari Thailand, BG Pathum 4-1.
#bola sepak #johor darul ta'zim #JDT #Singapura #Piala Lion City
;