Ammar Hakim
Sun Mar 26 2023

Kolo Toure menggesa Arsenal belajar daripada kesilapan lalu dan menawarkan kontrak 10 tahun kepada Bukayo Saka.
Saka memainkan peranan besar dalam usaha The Gunners untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, menjaringkan 12 gol dan memberikan 10 bantuan dalam liga utama musim ini.
Pemain sayap itu juga mencipta rekod untuk England dalam Piala Dunia di Qatar tahun lepas, membolosi gawang tiga kali dan menimbulkan ancaman besar buat pasukan lawan.
Saka hanya di bawah kontrak dengan pendahulu EPL itu sehingga akhir musim depan, tetapi dilaporkan di ambang menandatangani perjanjian baharu.
Bekas pertahanan tengah Arsenal, Toure, mahu Saka diikat selama sedekad.
Dia memberitahu Sky Sports News, "Satu perkara yang saya perlu katakan -- nasihat saya kepada Arsenal ialah Bukayo Saka menandatangani kontrak selama 10 tahun!
“Satu kesilapan yang Arsenal lakukan selama ini, mereka mempunyai pemain penting yang menyayangi kelab dan mereka melepaskannya.
“Anda mesti mengekalkan pemain itu kerana pemain ini adalah pemain yang akan memimpin pasukan untuk anda.
"Saka adalah pemain yang boleh anda harapkan; dia adalah pemain yang apabila sukar mereka akan meletakkan memberikan yang terbaik kepada kelab.
"Anda mempunyai dua jenis pemain, pemain yang menyayangi kelab dan pemain yang datang dan pergi. Anda memerlukan pemain yang menyayangi kelab kerana ini adalah pemain yang akan bertarung dengan hati mereka."

Cabaran lebih besar menanti Arsenal musim depan -- Mikel Arteta
Mikel Arteta memberi amaran kepada Arsenal bahawa persaingan akan menjadi lebih sukar jika mereka berharap mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

EPL: Ini kelab yang betul -- Saka tandatangani kontrak jangka panjang di Arsenal
Penyerang Arsenal, Bukayo Saka, selesai menandatangani kontrak baru jangka panjang bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Arsenal belum berada di tahap yang sama dengan Manchester City -- Arteta
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, mengetahui bahawa pasukannya akan mengambil masa untuk mencapai tahap Manchester City.

Musim cemerlang Arsenal dorong kami bermain dengan lebih baik -- Pep Guardiola
Pep Guardiola menegaskan kejayaan terbaharu Manchester City menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris bukan berpunca daripada kegagalan Arsenal mempertahankan kelebihan sehingga tamat musim.

Tiga faktor gagalkan Arsenal daripada kecap kejuaraan
Apa pun kesudahannya, penyokong Arsenal boleh dimaafkan jika mereka berasa kelab pujaan mereka itu telah dikurniakan satu musim yang cemerlang.

Arsenal lanjut kontrak Aaron Ramsdale
Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale, menyahut tawaran kontrak baru selepas pemain antarabangsa England itu telah membuktikan dirinya sebagai tokoh penting di Stadium Emirates sejak dia dibeli daripada Sheffield United pada 2021.

David Seaman puji acuan Mikel Arteta kemudi Arsenal
David Seaman memuji sentuhan luar biasa Mikel Arteta untuk mengubah Arsenal yang menyaksikan mereka mampu menyaingi Manchester City di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

EPL: Arteta mohon maaf kepada penyokong Arsenal selepas tewas kepada Brighton
Mikel Arteta, dengan penuh rasa kecewa, memohon maaf kepada segenap penyokong Arsenal selepas pasukannya tewas 0-3 kepada Brighton di laman sendiri awal pagi tadi, sekali gus menamatkan impan mereka untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

EPL: Manchester City selangkah pertahan kejuaraan selepas atasi Everton
Ilkay Gundogan menjaringkan gol berganda ketika membantu Manchester City menghampiri gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kelima dalam enam musim dengan menewaskan Everton 3-0 di Goodison Park malam tadi.

EPL: Brighton buat impian kejuaraan Arsenal kian terpadam
Impian Arsenal untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini kian terpadam selepas tewas kepada 0-3 kepada Brighton di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Harry Hall bounces back from double blow to keep share of lead
Cornish rookie heads into final round tied at the top with American Adam Schenk.

Gareth Southgate knows Euro 2024 must go ‘very, very well’ to keep England job
Next summer’s tournament in Germany could prove Southgate’s last finals in charge.

Wolves boss Julen Lopetegui feels second-placed Arsenal do not deserve criticism
Arsenal will finish as runners-up in the Premier League.

Rob Edwards relieved to hear skipper Tom Lockyer is doing okay after Luton win
Lockyer collapsed in the early stages of the penalty shoot-out win against Coventry at Wembley.

Strasbourg 1-1 Paris Saint-Germain: Messi strikes as PSG seal record-breaking Ligue 1 title
Lionel Messi scored his 16th goal of the season as PSG earned the point they needed to secure their record-breaking Ligue 1 triumph.

Inter 3-2 Atalanta: Nerazzurri seal top-four finish after flying San Siro start
Romelu Lukaku, Nicolo Barella and Lautaro Martinez were on the scoresheet as Inter clinched a deserved win over Atalanta on Saturday.

Premier League future 'bright' despite managerial sacking record, says LMA chief Bevan
The Premier League has seen 14 managers come and go in a record-breaking campaign for sackings in England's top competition.

LaLiga accused of 'inadequate' handling of 'disgraceful' racist abuse towards Vinicius Junior
Real Madrid winger Vinicius Junior was racially abused at Valencia last Sunday, leaving many to condemn the Spanish football authorities.

Emma Hayes hails ‘a victory for the team’ as Chelsea win fourth straight title
A 3-0 win over Reading sealed top spot in the WSL ahead of Manchester United.

Neymar 'has a place in any team' amid Man Utd links, says former team-mate Willian
Manchester United have been linked with an audacious swoop for Neymar, and Willian thinks his compatriot would light up the Premier League.