Totti: Saya tidak bersedia untuk bersara

Penulis Jemputan
May 29, 2017 13:24 MYT
Francesco Totti berhasrat untuk menangguhkan persaraannya dan terus bermain selepas membayangkan "satu pengembaraan baru" semasa perpisahan penuh emosi dalam penampilan terakhirnya bersama Roma.
Ikon kelab itu tampil dari bangku simpanan untuk membantu Roma mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Genoa dalam perlawanan terakhir Serie A musim ini, mendapat tempat kedua dan automatik layak ke Liga Juara-Juara.
Totti dijangka mengambil peranan sebagai bukan pemain di Roma selepas disahkan dia tidak akan menandatangani perjanjian baru tetapi dalam ucapan memilukan di Stadio Olimpico pada awal pagi tadi, dia menyatakan mungkin mengubah fikiran.
"Saya suka untuk memikirkan kerjaya saya sebagai kisah dongeng -- dan ini adalah bahagian yang paling teruk," kata Totti. "Sekarang ia benar-benar berakhir.
"Saya menanggalkan baju saya untuk kali terakhir. Saya akan lipat dengan baik, walaupun saya perlu mengakui tidak bersedia untuk mengatakan ia berakhir dan saya mungkin tidak akan bermain.
"Maaf jika dalam tempoh ini saya tidak memberi ruang temuramah atau menjelaskan fikiran saya tetapi ia bukan mudah untuk berhenti.
"Sekarang saya takut. Ketakutan itu tidak sama seperti berada di depan gol apabila anda perlu menjaringkan penalti. Kali ini saya tidak boleh melihat melalui lubang-lubang jaring.
"Oleh itu, izinkan saya menjadi sedikit takut. Kali ini saya sendiri yang memerlukan anda. Apa yang anda sentiasa tunjukkan kepada saya. Dengan kasih sayang anda, saya pasti akan menukar halaman dan meletakkan diri dalam pengembaraan baru. "
Totti menamatkan kerjaya bersama Roma selepas bermain 47,098 minit dalam Serie A, bersamaan dengan 32 hari dan 17 jam, dan dia mengenang gelaran tunggal Serie A yang dimenanginya pada 2001.
"Adalah mustahil untuk membuat kesimpulan 28 tahun dalam beberapa ayat," kata Totti. "Saya ingin berbuat demikian dengan lagu atau puisi tetapi saya tidak boleh menulis apa-apa.
"Selama ini, saya cuba untuk menjelaskan diri melalui kaki saya, yang membuat segala-galanya lebih mudah untuk saya sejak dari kanak-kanak lagi.
"Bercakap tentang zaman kanak-kanak, anda boleh meneka apa mainan kegemaran saya? Bola sepak, sudah tentu! Dan ia masih hari ini.
"Pada satu ketika dalam kehidupan, anda membesar -- itulah yang saya diberitahu dan itulah masa yang memutuskan.
"Kembali pada 17 Jun 2001, kami semua mahu masa bergerak sedikit pantas. Kami tidak sabar untuk mendengar pengadil meniup wisel penamat. Sehingga sekarang saya masih merasai kemenangan itu.
"Hari ini, masa menyentuh bahu saya untuk berkata: "Kami perlu berkembang. Esok anda menjadi dewasa. Tanggalkan seluar pendek dan kasut kerana bermula hari ini, anda adalah seorang lelaki. Anda tidak lagi menikmati bau rumput, sinaran mentari di bawah gawang pasukan lawan, adrenalin memakan diri anda dan disambut kegembiraan.
"Sejak beberapa bulan yang lalu, saya bertanya kepada diri mengapa saya terjaga daripada mimpi ini. Bayangkan anda seorang kanak-kanak yang mempunyai impian... dan ibu anda kejutkan anda untuk pergi ke sekolah. Anda mahu terus bermimpi... anda cuba tergelincir kembali ke dalam mimpi itu tetapi anda tidak boleh.
"Kali ini, ia bukan satu impian tetapi realiti. Dan saya tidak lagi boleh tergelincir kembali."
#Roma #Francesco Totti #Serie A
;