Totti pemain luar biasa – De Rossi
Astro Arena
May 29, 2017 10:26 MYT
May 29, 2017 10:26 MYT
Pemain Itali, Daniele De Rossi memberikan penghargaan buat kapten Roma, Francesco Totti, dalam penampilan terakhir penyerang itu bersama kelab berkenaan yang penuh emosi.
Totti masuk pada minit ke-54 menggantikan Mohamed Salah, sebelum membantu Roma mencatat kemenangan 3-2 ke atas Genoa di Stadio Olimpico, sekaligus menyaksikan Roma menamatkan kempen 2016-17 di tangga kedua dan mengesahkan slot automatik ke Liga Juara-Juara.
Kapten berusia 40 tahun itu kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada semua penyokong di stadium selepas bersama La Maggica selama 24 tahun.
"Ada sesetengah orang yang tidak normal,” kata Rossi, yang menjaringkan gol kedua Roma.
"Ada karier yang tidak normal. Sebab itu wujud bendera khas untuk Francesco.
“Petarungan sebenar dalam bola sepak adalah menyarung jersi sama selama 25 tahun,” ujar De Rossi.
"Sangat sukar untuk menyatukan semua orang dalam sebuah bandar tetapi Totti berjaya melakukannya. Tiada siapa yang boleh menafikan Totti, ” katanya.
Penyokong Roma kini perlu menunggu sama ada Totti akan kembali dengan peranan baru bersama kelab atau terus bermain bersama pasukan lain.