Mencipta jaringan kemenangan ketika menewaskan Fulham (0-1) di Stadium Craven Cottage telah menamakan Harry Kane sebagai peledak sepanjang masa Tottenham Hotspurs bersama Jimmy Greaves setelah dia berjaya meledak jaringan peribadi ke 266 dalam perlawanan itu.

Rekod itu pasti akan melonjakkan semangatnya untuk terus meningkatkan prestasinya untuk memastikan objektif pengurus Spurs, Antonio Conte, bagi memastikan kelab dari London berkenaan layak ke Liga Juara-Juara (UCL) pada musim hadapan.

Dengan memegang rekod sebagai penjaring terbanyak England juga bersama Wayne Rooney (53 jaringan) ketika ini juga pasti mampu mempengaruhi rakan-rakan sepasukannya untuk memburu apa yang diinginkan Conte.



Dengan berbaki lagi 17 perlawanan yang akan diharungi Spurs pada musim ini, masih lagi ada peluang untuk mencapai apa yang Conte hajati dan apa yang perlu diperbaiki hanyalah sikap mereka supaya mencurahkan segala kudrat mereka untuk mencari kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

Berlandaskan senarai pemain yang dimiliki Conte musim ini, tidak mustahil kerana mereka begitu positif dan punya sikap inginkan kemenangan.





Dengan memiliki Son Heung Min yang sentiasa berkerja keras dan Hugo Lloris sebagai pertahanan terakhir Spurs yang mampu mempengaruhi rakan-rakan pertahanan untuk memastikan pintu gol mereka tidak dibolosi.

Jika semangat berpasukan dan keharmonian ini terus kekal dalam skuad kendalian Conte ia boleh meletakkan Spurs dalam empat kelompok teratas pada penghujung musim nanti.

Namun, mereka perlu memperbaiki sedikit kelemahan dari aspek bertahan secara berpasukan kerana statistik jaringan dibolosi berbanding dengan mencipta jaringan amat rapat sekali (40 jaringan 31 bolos) dan ia menuntut supaya pemain-pemain Spurs untuk meningkatkan konsentrasi mereka agar pihak lawan tidak mudah menembusi pintu gol mereka.

Jika dilihat pasukan-pasukan di atas mereka seperti Newcastle United, sudah membuktikan bahawa pertahanan mereka agak kukuh selain Manchester City dan Arsenal.