Tottenham ikat Radu Dragusin, Eric Dier kian hampir ke Bayern Munich

Muzaffar Musa
January 12, 2024 05:17 MYT
Tottenham melengkapkan perpindahan pertahanan tengah, Radu Dragusin, daripada Genoa dan perpindahan itu menyaksikan Eric Diew kian pasti untuk menyertai Bayern Munich.
Pemain kebangsaan Romania, Dragusin, menandatangani kontrak enam setengah tahun dengan Spurs dan merupakan pemain kedua diikat kelab itu dalam jendela perpindahan bulan ini selepas mendapatkan Timo Werner secara pinjaman pada Selasa lalu.
Pertahanan tengah sentiasa menjadi kepentingan utama buat pasukan bimbingan Ange Postecoglou itu dan berdasarkan laporan agensi berita PA, Tottenham mendapatkan Ragusin kesepakatan yang boleh meningkat sehingga £25 juta (RM148.29 juta).
Pemain berusia 21 tahun itu dilihat akan sempat untuk diturunkan dalam aksi menentang Manchester City hujung minggu ini.
#bola sepak #Tottenham #Eric Dier #Liga Perdana Inggeris #Radu Dragusin