Tonggak Lang Merah terkejut Cheng Hoe sudah lepaskan jawatan
Astro Arena
April 29, 2017 18:59 MYT
April 29, 2017 18:59 MYT
Ketua pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari, melahirkan perasaan terkejut dengan peletakan jawatan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, yang hanya diketahuinya pagi tadi.
Ia susulan Cheng Hoe bakal menggalas tugas selaku pembantu jurulatih Harimau Malaya.
Skuad Kedah bakal menghadapi Terengganu dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darulaman, esok.
Dia berharap rakan sepasukannya dalam kem Lang Merah mampu mengekalkan fokus dengan cuba mendapatkan kemenangan ketika menentang Terengganu sebagai hadiah paling bermakna kepada Cheng Hoe.
"Kami mula terasa ketiadaan jurulatih.
"Apapun, saya harap semua pemain dapat fokus untuk menghadapi perlawanan esok.
"Saya harap pemain-pemain dapat memberi kerjasama yang tinggi kepada jurulatih sementara, Nidzam Adzha, untuk bersama-sama meneruskan perjuangan pasukan," ujarnya.