Tolonglah fikir secara profesional, tingkatkan infrastruktur bola sepak negara -- TMJ

Saufi Tahir
October 13, 2024 08:52 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsikan pandangannya mengenai isu padang yang kerap kali mengganggu perlawanan Liga Super 2024/2025 hingga terpaksa ditangguhkan serta penukaran jenis rumput padang untuk meningkatkan infrastruktur bola sepak negara.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berpandangan sekiranya kelab bola sepak di Malaysia tidak ingin menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia, maka langkah menukar kepada jenis rumput Bermuda seperti yang digunakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, wajar dijadikan contoh terbaik.

Kalau tak nak tukar zeon, tukar kepada bermuda macam Terengganu FC. Dua-dua jenis rumput ini sand base. Apabila hujan, tak berlumpur. Masalah cow grass adalah soil base dan apabila hujan air bertakung atau berlumpur. Ada juga saya dengar theory yg mengatakan cow grass beri… https://t.co/ngYjfjvdTg

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, aksi JDT berdepan Perak di Stadium Ipoh terpaksa ditangguhkan buat kali kedua, dua minggu lalu susulan cuaca hujan dan permukaan padang yang berlopak dengan takungan air.
Perkara itu jelas merugikan buat kedua-dua pasukan serta penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
"Kalau tak nak tukar zeon, tukar kepada bermuda macam Terengganu FC. Dua-dua jenis rumput ini 'sand base'. Apabila hujan, tak berlumpur.

PERLAWANAN TERTUNDA Perlawanan Tertunda antara Perak FC vs JDT yang lalu telah dijadualkan semula pada 10 NOVEMBER 2024 bertempat di STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG. Sepak mula perlawanan adalah pada jam 5.00 PETANG. Moh Yob Yong kita penuhkan Stadium MPM. ???#PRKvJDT pic.twitter.com/YB9enfSGT6

— Perak Football Club (@perakfcofficial) October 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Masalah cow grass adalah soil base dan apabila hujan air bertakung atau berlumpur. Ada juga saya dengar theory yg mengatakan cow grass beri disadvantage kepada JDT.
"Tuan-tuan, JDT belum kalah away dalam liga semenjak Mac 2018. 6 tahun belum kalah atas Cow Grass. Jadi tolonglah berfikir secara professional dan meningkatkan infra bolasepak negara." katanya menerusi laman X.
#bola sepak #johor darul ta'zim #JDT #TMJ #Liga Super 2024/2025
;