Tokyo 2020: Bolt raikan kejayaan Jamaica sapu bersih pingat 100m wanita
Muzaffar Musa
August 1, 2021 15:04 MYT
August 1, 2021 15:04 MYT
Jamaica menyapu bersih ketiga-tiga pingat dalam acara pecut 100 meter wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 malam tadi dengan pemenang pingat emas, Elaine Thompson-Herah, memecahkan rekod kejohanan.
Thompson-Herah mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Rio pada 2016 dan menjadi wanita kedua terpantas dalam sejarah selepas merekodkan catatan masa 10.61 saat di Stadium Olimpik Tokyo.
Bekas juara dunia dan rakan senegaranya, Shelly-Ann Fraser-Pryce, meraih pingat perak dengan berkelebihan 0.02 saat di depan Shericka Jackson untuk melengkapkan dominasi Jamaica.
Legenda acara pecut dunia, Usain Bolt -- yang bersara pada 2017 -- meraikan kejayaan wakil negaranya itu menerusi satu ciapan ringkas dalam twitter.
Clean Sweep.. #TeamJamaica ?? pic.twitter.com/3XOpywTe2v
— Usain St. Leo Bolt (@usainbolt) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.