TMJ beri bayangan Bergson, Hidalgo naturalisasi terbaru Harimau Malaya
Najmi Iman
December 9, 2024 17:53 MYT
December 9, 2024 17:53 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), sudah memberi bayangan terbaru mengenai penstrukturan semula skuad Harimau Malaya menjelang persiapan dalam Kelayakan Piala Asia 2027, tahun depan.
Menurut pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, revolusi pasukan kebangsaan sudah bermula menandakan kebangkitan semula Harimau Malaya di persada dunia.
TMJ memberitahu di ruangan X yang menjelaskan bahawa tonggak utama JDT, Bergson Da Silva, bakal menjadi pemain naturalisasi terkini buat pasukan Malaysia selain Manuel Hidalgo yang menjadi calon kepada persiapan pasukan.
System/falsafah yang sesuai dengan players yang ada. Be more compact, attack and defend as a unit. Discipline is the key, Insha’Allah boleh. Bergson can be naturalised as a short-term measure after completing 5 years in Malaysia, Hidalgo too for the long-term, and with players… https://t.co/BFT8TmpRqn
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Disiplin ialah kunci utama.
Itulah kata-katanya terhadap sistem dan falsafah yang akan diguna pakai dalam sesebuah pasukan merangkumi sektor utama, menyerang dan bertahan.
"Ia tidak akan menjadi mudah. Ia memerlukan masa tetapi harus bermula sekarang," tambahnya.
Dalam masa sama, TMJ menegaskan bahawa pemain JDT sedia menyarung jersi kebangsaan untuk membantu skuad negara bersaing di pentas tertinggi Asia.
"Semua pemain JDT sudah bersedia," ulasnya.
#bola sepak
#TMJ
#Harimau Malaya
#Bergson da Silva
#Manuel Hidalgo
#Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim