Pengendali Manchester United, Erik ten Hag, mengingatkan bahawa dia tetap akan memenangi kejuaraan meskipun di kelab yang berbeza.

Pengendali kelahiran Belanda itu mengetuai pasukannya menewaskan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, dalam ulangan final tahun lalu tanpa mengira apa jua keputusan menjelang aksi di Stadium Wembley itu.

Meskipun menduduki tangga kelapan liga, The Red Devils mencatatkan pengakhiran yang bermakna buat seluruh peminatnya selepas berjaya merampas slot ke Liga Eropah (UEL), musim depan.

Bagaimanapun, spekulasi dan tanda tanya terus menghantui masa depan pengendali berusia 54 tahun itu. Tetapi, Ten Hag tidak mahu bercakap mengenainya selain hanya menutup mulut tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

"Saya meminta maaf untuk mengatakan hal ini, tetapi anda tidak mempunyai pengetahuan tentang bola sepak, malah menguruskannya. Apabila anda tidak mempunyai pemain yang bagus, maka anda tidak boleh beraksi, dengan baik.

"Dan jika itu pendapatnya, ia tiada masalah. Saya akan pergi ke tempat lain dan memenangi trofi." katanya.