Tiada pemain Selangor dan JDT di pentas Piala AFF 2024?

Saufi Tahir
March 3, 2024 17:03 MYT
Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), mengumumkan jadual Kejohanan ASEAN 2024 (Piala AFF) akan berlangsung pada 23 November sehingga 21 Disember.
Kemungkinan besar bakal tiada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor akan dibawa ke kejohanan itu kerana komitmen dalam saingan di pentas Asia.
Ini kerana berlakunya pertindihan tarikh bagi saingan Liga Juara-Juara Elit (ACLE) pada 25-27 November dan 2-4 Disember depan.
Selangor juga akan bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) pada 26-28 November dan 3-5 Disember depan.
Pertindihan jadual itu pasti akan menyukarkan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, untuk membawa skuad terbaiknya dengan pilihan pemain yang terbatas.
#bola sepak #Harimau Malaya #Piala AFF #Kejohanan Bolasepak ASEAN