Tiada kelibat Natxo Insa, Mukhairi Ajmal dalam skuad harimau Malaya

Najmi Iman
November 10, 2024 18:29 MYT
Hasrat penyokong Harimau Malaya melihat kembali tunjang utama Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa, kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan tidak kesampaian apabila terpaksa digugurkan pada hari pertama sesi latihan rasmi skuad negara.
Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dalam ciapannya di X yang mendedahkan pemain berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan.

Harimau Malaya kempunan khidmat Natxo Insa, terpaksa digugurkan bersama Mukhairi Ajmal akibat kecederaan. Zhafri Yahya dan Fazrul Amir ganti dua pemain terbabit untuk dua perlawanan antarabangsa bertemu Laos dan India. @ASTROARENA pic.twitter.com/XKp9IZ6KHT

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Natxo dipanggil menyertai kem latihan skuad kendalian Pau Mari Vicente bersama 25 pemain bagi memperkuat pasukan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Laos dan India.
Kali terakhir dia mewakili Malaysia adalah ketika saingan Piala Asia 2023, Januari lalu.
Dalam masa sama, bintang muda Selangor, Mukhairi Ajmal, turut diketepikan ekoran kecederaan selepas perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bertemu Jeonbuk Hyundai Motor, Khamis lalu.

Fazrul Amir & Zhafri Yahya Tersenarai Ke Latihan Pusat Harimau Malaya ▶️ Baca penuh di https://t.co/ECrCoQeHhP ----- Fazrul Amir & Zhafri Yahya Called-up For Harimau Malaya Centralised Training ▶️ Read more at https://t.co/ECrCoQeHhP#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/KHEQsUaSjW

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Zhafri Yahya dan Fazrul Amir daripada senarai bersedia dipanggil bagi mengisi kekosongan tersebut.
#bola sepak #Harimau Malaya #Natxo Insa #Mukhairi Ajmal
;