Theo Walcott: Arsenal sudah pandai guna taktik Jose Mourinho

Shaiful Shamsudin
September 16, 2024 17:41 MYT
Theo Walcott berkata corak permainan kurang menghiburkan Arsenal malam tadi mirip cara bertahan yang diamalkan Jose Mourinho ketika mengecewakan Tottenham di hujung pertemuan 'derby' utara London menentang Tottenham.
Tandukan Gabriel pada minit ke-64 terbukti menjadi pemisah perlawanan sambil kelemahan Spurs mempertahankan bola mati terdedah sekali lagi.
Bagaimanapun, pasukan kendalian Mikel Arteta itu terpaksa mengorbankan cengkaman permainan mereka sambil Tottenham menikmati 64 peratus penguasaan bola.
"Tidak kira bagaimana mereka memperolehnya, ia adalah satu keputusan yang hebat untuk Arsenal," katanya.
"Mereka sekali lagi membuktikan bahawa mereka boleh mempelbagaikannya memandangkan mereka beraksi hampir seperti sebuah pasukan yang dibimbing Jose Mourinho untuk menutup sesebuah perlawanan."
#EPL