Theo Hernandez muncul sebagai wira di halaman sendiri

Syifa Nasir
November 26, 2023 02:15 MYT

MILAN 1 FIORENTINA 0

Sepakan penalti di babak separuh masa pertama yang dihadiahkan oleh Theo Hernandez membantu AC Milan membawa pulang tiga mata berharga.
AC Milan -- yang mencatat keputusan tidak memberangsangkan sejak Oktober lalu dengan kekalahan di halaman sendiri ketika menentang Juventus dan seri 2-2 dengan Udinese sebelum tempoh rehat antarabangsa -- kini lega dengan kemenangan yang dinantikan.

Walaupun jauh daripada prestasi sebenar, pertahanan Perancis, sentuhan Hernandez menjadi pemisah menerusi gol keduanya musim ini selepas menyempurnakan sepakan penalti di penghujung separuh masa pertama untuk memperoleh tiga mata yang amat diperlukan.

Sensational between the sticks ?#MilanFiorentina #SempreMilan Brought to you by @skrill pic.twitter.com/2pwpsdgiri

— AC Milan (@acmilan) November 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selain daripada gol penting yang dihasilkan, sejarah juga tercatat apabila Pioli memperkenalkan pemain berusia 15 tahun, Francesco Camarda, untuk penampilan sulungnya, sekali gus menjadikannya pemain termuda pernah muncul dalam Serie A.

#bola sepak #Fiorentina #AC Milan #Serie #a