TERKINI Liga Super: Ong Kim Swee tinggalkan Sabah

Najmi Iman
November 21, 2024 10:45 MYT
Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, meninggalkan pasukan Sabah selepas hampir tiga musim menabur bakti di Negeri Dibawah Bayu sejak 2021.
Bekas pengendali Harimau Muda itu memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama Sang Badak tatkala sudah tamat November 2024.
Tugasa terakhirnya bakal menyaksikan Sabah bertemu PT Athletic dalam saingan Unifi Piala Malaysia, Sabtu ini.

Thank you Sabah, it has been a good 3 years. ??⚪#RaduTatapRadu ??? pic.twitter.com/p5wMytaMsQ

— OKS (@OKS_Rhinos) November 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Mesyuarat Khas bersama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bersetuju memberi lanjutan kontrak kepada Ong Kim Swee untuk kekal sebagai jurulatih utama.
"36 bulan bersama Sabah bukanlah satu jangka masa yang singkat dan perjalanan ini amat luar biasa. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk memimpin kelab bola sepak sehebat ini," katanya menerusi X.
#bola sepak #sabah #Liga Super Malaysia #Datuk Ong Kim Swee
;