Terima kasih semua! Gianluigi Buffon umum persaraan pada usia 45 tahun

Ammar Hakim
August 3, 2023 11:35 MYT
Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon, telah bersara daripada bola sepak, pemain berusia 45 tahun itu mengumumkannya semalam selepas mengharungi karier selama 28 tahun di mana dia mencapai kejayaan luar biasa bersama kelab dan negara.
Buffon, juara dunia 2006, memenangi 10 kejuaraan Serie A bersama Juventus dan gelaran Ligue 1 bersama Paris St Germain.
"Terima kasih semua! Anda memberikan saya segala-galanya. Saya memberikan anda segala-galanya. Kami melakukannya bersama-sama," kata Buffon dalam satu kenyataan.
Buffon adalah penjaga gol paling banyak beraksi dalam sejarah, telah bermain 176 kali untuk Itali. Dianggap secara meluas sebagai salah seorang penjaga gol terhebat sepanjang zaman, dia menamatkan kariernya di mana dia bermula, di Parma yang berada di divisyen kedua Itali, setelah bergelut dengan kecederaan pada musim terakhirnya.
Buffon menyertai Juve dari Parma pada 2001 dan menghabiskan sebahagian besar kariernya bersama kelab itu, kecuali semusim di PSG pada 2018-19, sebelum kembali ke Turin dan kemudian ke Parma pada Jun 2021.
#Juventus #Gianluigi Buffon #Ligue 1 #Paris St Germain
;