Terima kasih penyokong, luaskan kuasamu Johor -- Romel Morales

Saufi Tahir
July 20, 2024 17:34 MYT
Penyerang Johor Darul Ta'zim, Romel Morales, optimis akan meneruskan rentak cemerlang dalam perlawanan kedua saingan separuh akhir Piala FA menentang Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium Sultan Ibrahim, 4 Ogos nanti.
Dia mengucapkan terima kasih buat penyokong JDT yang selalu hadir untuk memberikan sokongan selepas menjadi watak penting dengan menjaringkan gol kemenangan buat JDT untuk menewaskan KDA 2-1 di Stadium Darulaman, malam tadi.
"Buat penyokong, kemenangan ini adalah untuk anda. Kami akan terus berikan 200 peratus di laman sendiri nanti.
"Kami perlukan sokongan anda dan kami akan berikan yang terbaik. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk kami. Kami akan berikan aksi yang terbaik. Luaskan kuasamu Johor!" katanya.
#bola sepak #johor darul ta'zim #Piala FA Malaysia #Romel Morales