Terbuka San Diego: Swiatek terpaksa kerja keras sebelum atasi Zheng

Ammar Hakim
October 14, 2022 04:58 MYT
Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, memulakan kempen Terbuka San Diego dengan kemenangan tiga set selepas berhempas-pulas mengatasi pemain China, Zheng Qinwen dalam keadaan hujan awal pagi tadi.
Juara Terbuka Perancis dan AS 2022 menang 6-4, 4-6, 6-1 dalam tempoh dua jam dan dua minit, bangkit dengan cemerlang selepas tewas di set pertama.
Kekuatan dan pukulan hadapan Zheng terbukti memberikan cabaran kepada wakil kelahiran Poland itu, yang cemerlang di garisan belakang untuk memastikan aksi suku akhir yang ke-11 musim ini.
Swiatek akan menentang pilihan kelapan, Coco Gauff, pada suku akhir, dengan perlawanan itu menandakan perlawanan semula final Terbuka Perancis tahun ini.

Iga Swwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwiatek ✅61 wins and counting – the most in a single season since @CaroWozniacki in 2017!@iga_swiatek | #SanDiegoOpen pic.twitter.com/6vmdBDNFBz

— wta (@WTA) October 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Poland #China #Tenis #Iga Swiatek #Terbuka San Diego #Zheng Qinwen