Terbuka Jepun: Tang Jie-Ee Wei, Leong Jun Hao mara ke pusingan seterusnya

Saufi Tahir
August 21, 2024 13:04 MYT
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan wakil, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh, 21-19 21-14, dalam pusingan 32 saingan Terbuka Jepun BWF di Arena Yokohama, sebentar tadi.
Walaupun set pertama lawan dari Taiwan itu memberikan saingan sengit kepada wakil negara yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan, tetapi Tang Jie-Ee Wei, memastikan mereka menang 21-19.

RESULTS: #JapanOpen2024 R32#MAS?? Chen Tang Jie-Toh Ee Wei(7) def. #TPE Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh 21-19 21-14 ? @badmintonphoto #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/BssjARVpBX

— BAM (@BA_Malaysia) August 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Set kedua pula menyaksikan wakil negara mendominasi aksi untuk meninggalkan Kuang Heng-Yu Chieh dengan jurang 10 mata dan meraih kemenangan 21-14 dalam tempoh 31 minit secara keseluruhannya.
Dalam pada itu, wakil perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, menewaskan wakil tuan rumah, Takuma Obayashi, dalam aksi straight set 21-15,21-17 dalam masa 46 minit untuk mara ke pusingan 16 terbaik, esok.

RESULTS: #JapanOpen2024 R32#MAS?? Leong Jun Hao def. #JPN?? Takuma Obayashi 21-15 21-17 ? @badmintonphoto#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/50DjHLZURG

— BAM (@BA_Malaysia) August 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Leong Jun Hao #Terbuka Jepun #Tang Jie-Ee Wei