Terbaik anak muda! -- PM ucap tahniah kepada Faisal Halim

Ammar Hakim
February 26, 2024 19:23 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim, atas kejayaan dinobat sebagai penjaring terbaik Piala Asia Qatar.
Penyerang negara, Faisal Halim, mencipta sejarah apabila jaringannya dinobatkan sebagai gol terbaik dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar bulan lalu.
Jaringan menarik yang dilakukan pemain bertubuh cilik berkenaan menggemparkan dunia bola sepak, di mana dia memperdayakan pertahanan kental Bayern Munich, Kim Min-jae, sebelum melepaskan sepakan lencong dari sudut sukar ke gawang lawan untuk Malaysia mengikat Korea Selatan 1-1 dalam aksi peringkat kumpulan -- perlawanan berkesudahan 3-3
Menerusi X, Perdana Menteri mengucapkan tahniah buat pemain Selangor FC itu selepas dinobat sebagai pemenang.

Steady @faisalhalim_7 ! Terbaik anak muda! https://t.co/u0t6IaKvY1

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) February 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Faisal Halim #Piala Asia Qatar #Gol Terbaik