Pemain Amerika Syarikat (AS), Madison Keys, menewaskan wakil Russia, Daria Kasatkina, untuk menjuarai Kejohanan Tenis Antarabangsa Rothesay di Eastbourne malam tadi.

Keys meraih kemenangan 6-2, 7-6 dalam tempoh sejam 42 minit untuk memastikan gelaran dalam kejohanan gelanggang rumput itu buat kali kedua selepas pernah bergelar juara pada 2014.

"Saya menggemari untuk datang dan bermain di Eastbourne. Untuk kini memenangi gelaran di sini sebanyak dua kali, ia memberikan saya satu memori yang tidak akan dilupakan," kata Keys dalam lawan web rasmi Jelajah WTA.

"Ia merupakan tahun yang sukar buat saya dan untuk dapat menjulang trofi ini, ia benar-benar luar biasa."

Keys akan bertemu pemain peluang khas dari British, Sonay Kartal, dalam pusingan pertama Kejohanan Wimbledon pada Selasa ini manakala Kasatkina, yang merupakan pilihan ke-11 di All England Club, pula akan bertemu wakil AS, Caroline Dolehide, sehari lebih awal.