Teka-teki kehadiran Kenneth Jonassen masih khabar angin, Hannah Yeoh yakin BAM buat keputusan tepat
Najmi Iman
November 13, 2024 18:30 MYT
November 13, 2024 18:30 MYT
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat kepercayaan penuh daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dalam melantik ketua jurulatih badminton perseorangan negara yang baru.
Bekas ketua jurulatih skuad badminton kebangsaan Denmark, Kenneth Jonassen, kian hampir untuk diumumkan sebagai ketua jurulatih baru sektor perseorangan negara, demikian dilaporkan wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Pengendali berusia 50 tahun itu menamatkan ikatan 11 tahun bersama pasukan negara kelahirannya apabila memilih untuk tidak melanjutkan kontraknya, yang akan tamat pada penghujung bulan ini.
Kenneth Jonassen menjadi pilihan BAM untuk pikul tugas ketua jurulatih perseorangan negara? ? Hanya menanti masa untuk diumumkan!⏳ Perkembangan lanjut di Stadium Astro.@ASTROARENA pic.twitter.com/0XgxOiOZTt
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) November 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, Hannah berharap individu yang dipilih mampu melonjakkan prestasi badminton negara ke tahap yang lebih tinggi.
"Khabar angin belum sampai kepada saya dan saya perlu menunggu BAM untuk mengumumkan keputusan kerana segala kuasa terletak kepada mereka.
"Saya percaya dengan kemampuan barisan jawatankuasa BAM mampu membuat keputusan yang tepat," katanya kepada Nadi Arena.