Tedesco: Belgium mampu pamer aksi lebih mantap

Ammar Hakim
March 25, 2023 14:05 MYT
Domenico Tedesco menjangkakan untuk melihat lebih banyak lagi daripada pasukan Belgium pimpinannya, walaupun kemenangan mengagumkan 3-0 ke atas Sweden dalam perlawanan pertamanya sebagai ketua jurulatih.
Hatrik Romelu Lukaku dalam perlawanan kelayakan Euro 2024 semalam memastikan Tedesco, yang mengambil alih tugas daripada Roberto Martinez bulan lalu, bermula dengan cemerlang.
Walaupun gembira untuk meraih kemenangan dalam pertembungan Kumpulan F di Stockholm, bekas pengendali RB Leipzig, Tedesco boleh melihat ruang untuk penambahbaikan selepas 90 minit pertamanya kendaliannya.
“Saya berpuas hati dengan pasukan, kerana tiada kemenangan yang mudah,” kata Tedesco.
“Tetapi kami mula gementar di sini dan kehilangan beberapa bola dalam situasi yang tidak sepatutnya berlaku.
"Namun kami menjaringkan dua gol selepas dua serangan balas yang baik dengan permainan sayap yang sangat baik.
"Selepas itu, pada kedudukan 2-0 kami beraksi kurang dan saya tidak mahu itu, tetapi ia adalah satu proses.
"Kami boleh bermain bola sepak yang lebih baik dan kami perlu menambah baik, tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati."
Dengan pemain seperti Eden Hazard, Toby Alderweireld dan Axel Witsel telah bersara daripada tugasan Belgium, beberapa muka baharu dan yang lain sebelum ini di pinggir berpeluang untuk menarik perhatian.
Dodi Lukebakio membantu dua gol pertama Lukaku pada permulaan ketiganya dan pemain sulung Johan Bakayoko meletakkan gol ketiga selepas dimasukkan dari bangku simpanan.

First cap, first assist. Welcome aboard, Baka! ✌? #SWEBEL #WirSchaffenDas pic.twitter.com/dkreeZ5S3F

— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) March 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sweden #Belgium
;