MANCHESTER CITY 2 BRISTOL CITY 1
Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, terpaksa menunggu sehingga waktu kecederaan untuk menundukkan pasukan dari Liga Kejuaraan, Bristol City, 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala EFL di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Gol menerusi tandukan penyerang utama, Sergio Aguero, pada minit ke-91 membolehkan skuad kendalian Pep Guardiola itu menarik nafas lega, sekaligus melayakkan diri ke pentas final selepas terkandas dalam pusingan keempat, musim lalu.
Bagaimanapun, Bristol bimbingan Lee Johnson yang mengejutkan beberapa pasukan daripada EPL sebelum ini, termasuk juara bertahan, Manchester United, terlebih dahulu berada di depan ketika babak pertama berbaki seminit apabila John Stones menjatuhkan Bobby Reid di dalam kotak penalti dan penyerang berusia 24 tahun itu tenang menewaskan Claudio Bravo.
Tersentak dengan gol pembukaan pelawat, skuad Citizens memperkemaskan permainan dan asakan bertali-arus tuan rumah memberikan gol penyamaan selepas 10 minit perlawanan bersambung.
Serangan balas yang bermula daripada ketua pasukan, Kevin De Bruyne, nyata mengucar-kacirkan benteng Bristol dan perancang dari Belgium itu bijak menyempurnakan lorongan bola leret daripada Raheem Sterling sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol, Frank Fielding.
Walaupun gagal mengelakkan gawang daripada dibolosi, pujian harus diberikan buat Fielding apabila tangkas menafikan setiap serangan tuan rumah selepas itu, terutama sepakan percuma Leroy Sane pada minit ke-60 serta percubaan jarak dekat Sterling, lapan minit kemudian.
Ketika permainan tampak bakal terikat dengan keputusan seri, Aguero yang masuk menggantikan Yaya Toure, menggamatkan penonton di Etihad apabila melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola hantaran Bernardo Silva, sekaligus memberikan gol kemenangan buat anak-anak buah Guardiola.
City akan menentang Chelsea atau Arsenal dalam final apabila kedua-dua pasukan dari London itu bakal melakukan perhitungan di Stamford Bridge awal pagi esok.
Penulis Jemputan
Wed Jan 10 2018
EPL: Pep Guardiola 'tidak akan urus kelab lain' selepas Manchester City
Pep Guardiola menjelaskan bahawa dirinya akan mengambil cuti panjang atauun berpindah ke pengurusan antarabangsan selepas kontraknya berakhir sebagai pengendali Manchester City.
EPL: Guardiola amat bangga dengan Manchester City walaupun seri dengan Crystal Palace
Pep Guardiola menabik semangat juang Manchester City dan amat berbangga dengan pasukan itu walaupun sekali lagi keciciran mata apabila terikat 2-2 dengan Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
Piala Dunia Kelab FIFA: Manchester City jumpa Juventus, Ulsan HD uji Borussia Dortmund
Manchester City bakal melancarkan misi mempertahankan kejuaraan Piala Kelab Dunia FIFA selepas diundi menentang Wydad AC, Al-Ain dan Juventus dalam saingan peringkat Kumpulan G. Skuad kendalian Pep Guardiola merupakan juara bertahan selepas menjulang menjulang kejuaraan itu pada musim lalu selepas melakar kemenangan 4-0 mengatai kelab gergasi Braz
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Manchester City kembali di landasan kemenangan selepas menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
EPL: Slot anggap Liverpool 'hampir sempurna' ketika tewaskan Manchester City
Arne Slot percaya Liverpool sudah "hampir sempurna" ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Manchester City di Anfield awal pagi tadi.
EPL: Guardiola mahu 'mulakan semula' selepas Manchester City terus dilanda badi kekalahan
Pep Guardiola mahu "memulakan semula dan bermula dari awal" selepas Manchester City tewas 0-2 kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi tadi.
EPL: Jamie Carragher isytihar usaha Manchester City buru gelaran kelima berakhir
Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, mengistiharkan usaha Manchester City dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 berakhir dengan keputusan 0-2 ditewaskan Liverpool, awal pagi tadi.
EPL: Aksi cemerlang Salah pastikan Liverpool tambah kekusutan kem Manchester City
Mohamed Salah menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan ketika Liverpool melebarkan penguasaan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada sembilan mata dengan menewaskan Manchester City 2-0 di Anfield awal pagi tadi.
Info Siaran: Liverpool lawan Manchester City
Manchester City kian terdesak untuk mengejar Liverpool yang unggul di puncak Liga Perdana Inggeris!
JDT punyai potensi sangkal kenyataan Pep Guardiola?
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, sebelum ini menjelaskan bahawa mustahil buat sesebuah pasukan dalam semua jenis sukan untuk mempertahankan kecemerlangan selama 10 tahun berturut-turut.
Frank relishing test of facing 'best in Premier League' Chelsea
Frank: Chelsea best in PL
'We have the players' - Tuchel confident of talent in England squad
Tuchel happy with England talent
Hendricks ton steers South Africa to series win over Pakistan
South Africa clinch Pakistan series
Hurzeler hopeful conversations will help instil ‘winning culture’ at Brighton
Preview: Brighton v Crystal Palace
'Icon' Nadal chose to retire at 'right time', says Henman
Henman: Nadal retired at right time
Conte reinforcing 'working' mentality at Napoli
Conte reinforcing working mentality
Postecoglou not worried about 'bruised egos' after Werner criticism
Ange not worried about brusied egos
Michel hoping for attacking improvements in three 'key' LaLiga fixtures
Michel laments Girona attack
Juventus must regain focus after Man City triumph, says Motta
Motta: Juventus must regain focus
Amorim: Man City in 'better place' than Man Utd despite recent slump
Amorim: City better placed than Utd