Selangor nampaknya mahu menghabiskan baki perlawanan dalam kancah siangan Liga Super dengan cemerlang apabila masih menurunkan kesebelasan terbaik bagi menghadapi Perak yang akan berlangsung petang ini.

Tang Cheng Hoe jelas tidak memandang mudah saingan Perak petang ini yang turut menyaksikan ayam tambatan mereka Faisal Halim diletakkan dalam senarai 11 pemain utama yang akan beraksi.

Cheng Hoe semalam turut menjelaskan saingan yang bakal diberikan oleh pasukan Perak ketika ini adalah berbeza sejak ia diambil alih oleh Ketua Jurulatihnya Yusri Che Lah.

Menurutnya Perak di bawah kendalian beliau itu telah membuktikan kebangkitan yang positif dalam kancah Piala Malaysia dan Liga Super.

Bagaimanapun Cheng Hoe nampaknya akan merehatkan Brendan Gan apabila senarai yang dikeluarkan hamri ini menyaksikan pemain itu sekadar memanaskan bangku simpanan.

Berikut adalah senarai kesebelasan utama yang akan diturunkan petang ini:


SELANGOR

Samuel Somerville
Quentin Cheng
Faisal Halim
Noor Al Rawabdeh
Zikri Khalili
Yohandry Orozco
Safuan Baharudin (K)
Fazly Mazlan
Alexander Agyarkwa
Sharul Nazeem
Ayron Del Valley


PERAK

Shaheeswaran
Sunday Kalawole Afolabi
Luciano Guaycochea (K)
Shivan Pillay Asokan
Wan Zack Haikal
Afif Asyraf
Jesper Gunnar
Alif Zikri
Fadhil Azmi
Farris Izdiham
Seo Seonung