Tahniah Selangor Red Giants, banggakan Selangor, Malaysia -- Faisal Halim

Saufi Tahir
July 14, 2024 19:19 MYT
Pemain sensasi Selangor, Faisal Halim, mengucapkan tahniah kepada wakil tunggal Malaysia, Selangor Red Giants (SRG), yang sedang bersaing di pentas akhir Mid Season Cup 2024 (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, Riyadh, Arab Saudi, hari ini.
SRG berjaya melangkah ke pusingan akhir selepas menewaskan lawan dari Singapura NIP Flash 3-0 dalam pusingan separuh akhir semalam.
"Kepada SRG, saya ingin ucapkan selamat berjaya kepada anda semua kerana mara ke final Mid Season Cup 2024 (MSC) 2024.
"Selamat berjaya SRG, banggakan Selangor dan banggakan Malaysia." katanya melalui laman Instagram.

Faisal Halim shares a special message for Yoodo SRG ahead of today's MLBB MSC Grand Finals against Falcon AP Bren at 6:00 PM. Let's bring it home for Malaysia ??. Good luck, boys!#MKLK#YoodoSelangorRedGiants#YSRG#MSC2024 pic.twitter.com/PH5tgvySYi

— Selangor FC (@selangorfc) July 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Faisal Halim #Selangor Red Giants #esport