'Tahniah Selangor berani guna pemain tempatan'


October 26, 2024 07:53 MYT

Kemenangan mengejut Selangor ke atas kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menunjukkan pemain tempatan muda juga mampu untuk menyerlah di pentas Asia.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, pemain lokal juga mempunyai kualiti tersendiri dan mampu bersaing dengan pemain import sekiranya diberikan peluang.

Menurutnya, tindakan berani Selangor FC menyenaraikan ramai pemain tempatan muda juga harus dipuji dalam usaha memastikan mereka turut diberikan ruang untuk menunjukkan kemampuan.

? ? This is how the ????? ? table looks like after matchday 3️⃣ of the ??? ????????? ?????? ??? ????/?? ?#SFC #MKLK#MerahKuning #LambangKebanggaan#FromDarulEhsanToAsia#ACLTwo pic.twitter.com/xXd2kCgAI5

— Selangor FC (@selangorfc) October 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Kalau pemain tempatan diberikan peluang, mereka akan tunjukkan kebolehan. Namun, kalau tidak diberikan peluang dan letakkan import, bila pemain tempatan ini boleh menyerlah?

“Saya rasa Selangor buat tindakan bijak untuk membuktikan pemain-pemain tempatan terutama pemain muda kita kerana mereka ada keupayaan untuk bermain di peringkat lebih tinggi.

“Tak semestinya hanya di liga tempatan sahaja kita berikan peluang kepada mereka. Tahniah Selangor kerana berani mempertaruhkan pemain tempatan di pentas Asia,” katanya kepada Sukan Sinar.

Dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, pengendali Selangor, Nidzam Jamil, menyenaraikan Muhammad Azim Al Amin, Harith Haiqal, Zikri Khalili dan Nooa Laine yang merupakan pemain Bawah 23 tahun (B-23) selain Quentin Cheng dalam kesebelasan utama.

FT | ?? Selangor FC 2️⃣-1️⃣ Jeonbuk Hyundai Motors ?? A monumental victory for Selangor FC as they defeat the two-time Asian champions!#ACLTwo | #SELvJBH pic.twitter.com/gWG6d6ATsl

— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) October 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kesemua pemain tersebut menunjukkan persembahan luar biasa untuk menundukkan Jeonbuk selain Harith Haiqal yang turut diberikan kepercayaan untuk memakai lilitan kapten meledak gol dalam perlawanan tersebut.

Dalam pada itu, Jamal Nasir yakin motivasi pemain Selangor juga meningkat naik dan akan lebih percaya bahawa kelab akan sentiasa memberikan peluang kepada mereka jika menunjukkan prestasi terbaik.

“Bagi saya Nidzam merupakan seorang jurulatih yang berpandangan jauh dan mempunyai visi penting untuk mengetengahkan pemain tempatan dan membuktikan kepada masyarakat bahawa pemain kita juga berbakat.

“Jangan takut untuk letakkan pemain tempatan dan saya percaya apa yang sedang dibangunkan Selangor ini akan meraih hasil yang baik pada masa akan datang,” katanya.
- Sinar Harian

#bola sepak #Selangor #ACLE
;