Syafiq Ahmad taruh harapan kembali sarung jersi Harimau Malaya

Ammar Hakim
November 3, 2023 10:58 MYT
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Syafiq Ahmad, mengakui dia masih menaruh harapan untuk menyarung jersi Harimau Malaya, terutamanya untuk membantu skuad kendalian Kim Pan-gon di pentas Piala Asia 2023.
Jelas Syafiq, meskipun kurang minit permainan, dia sentiasa mahu memberikan yang terbaik setiap kali khidmatnya diperlukan bersama kelab.
Untuk rekod, kali terakhir Syafiq tampil bersama skuad kebangsaan Mac lalu ketika Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim.

Penyerang Johor DT, Syafiq Ahmad akui masih menyimpan hasrat untuk kembali sarung jersi skuad kebangsaan. More on Nadi Arena 7 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/0S3kgDVJFZ

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) November 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan berbeza, Syafiq menegaskan dia dan rakan sepasukan sedia untuk berdepan mana-mana pasukan sama ada Terengganu atau Kuala Lumpur City di final Piala Malaysia 2023.
Tiada istilah mudah, namun dia percaya JDT akan berjuang habis-habisan dalam usaha mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia yang diraih musim lalu.
Syafiq muncul antara watak penting skuad kendalian Esteban Solari selepas meledak dua jaringan ketika menang besar dengan agregat 12-2 ke atas Perak di separuh akhir kedua semalam.
"JDT tetap akan memberikan persembahan yang terbaik setiap kali turun ke gelanggang. Tidak mengira bertemu mana-mana lawan sekalipun."
#JDT #Malaysia #Syafiq Ahmad #Bolasepak