Sunderland tersingkir selepas 10 tahun dalam Liga Perdana Inggeris
Astro Arena
April 30, 2017 08:45 MYT
April 30, 2017 08:45 MYT
Sunderland tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-0 di tempat sendiri kepada Bournemouth, malam tadi.
Joshua King menjaringkan gol kemenangan lewat untuk menghantar Sunderland ke bawah dan menamatkan tempoh 10 tahun mereka dalam liga utama England.
Sukar untuk mencari jaringan di laman sendiri di Stadium of Light, dengan penjaga gawang Bournemouth, Artur Boruc, menyelamatkan siri percubaan dan Jermain Defoe membuang beberapa peluang baik untuk skuad David Moyes.
Seri 0-0 Hull di Southampton melanjutkan nyawa Sunderland -- untuk sekurang-kurangnya satu minggu lagi -- tetapi King melakukan penyudah buat Bournemouth dan menghantar tuan rumah turun ke Liga Kejohanan.
Sunderland hanya memenangi lima perlawanan sepanjang musim ini dan, tidak seperti beberapa musim sebelum ini yang menunjukkan kebangkitan ajaib kelab menyelamatkan diri daripada penyingkiran, kali ini mereka banyak mengalami kesukaran.
Terpaksa menunggu 11 perlawanan untuk kemenangan pertama mereka musim ini, dan peliknya Bournemouth adalah pasukan pertama mereka tewaskan, merekodkan kemenangan 2-1 di Stadium Vitality pada November hasil sepakan penalti Defoe.
Victor Anichebe kemudian menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Hull, diikuti dengan kemenangan 2-1 ke atas Leicester City, dan ia menjadi kebangkitan skuad Moyes.
Apabila Patrick van Aanholt menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Watford pada 17 Disember, Sunderland memenangi empat daripada tujuh perlawanan terakhir mereka tetapi mereka tidak lagi merasai kemenangan sehingga Februari.
Kebangkitan luar biasa 4-0 ke atas Crystal Palace -- ketika Sam Allardyce membimbing Sunderland untuk meneruskan kelangsungan hidup musim lalu -- tidak ditiru apabila pasukan Moyes kemudian gagal menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan Liga Perdana.
Kemarau itu, bagaimanapun, berakhir dengan keputusan seri 2-2 menentang West Ham United, tetapi pada masa itu nasib Sunderland untuk ke Liga Kejohanan hampir pasti dan kekalahan 1-0 di Middlesbrough membuatkan mereka makin parah.
Jaringan King menolak Sunderland ke tepi, dengan peminat kelab itu marah terhadap kepepimpinan lemah Moyes dan, tidak ada jaminan mereka akan bangkit semula.