SUKIPT: Terence Ng puas hati raih satu emas di Sintok

Saufi Tahir
September 13, 2024 19:17 MYT
Atlet renang negara, Terence Ng, terpaksa akur apabila terlepas peluang untuk merangkul emas dalam acara pilihannya iaitu 50 meter gaya bebas final Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2024 yang berlangsung, semalam.
Terence mencatatkan masa 24.93 saat dan hanya lewat 0.18 saat sahaja untuk meraih pingat perak dengan pingat emas pula dimenangi rakannya dari Universiti Taylors, Chong Zheng Yen, dengan catatan masa 24.75 saat.
Dia bagaimanapun tetap berbangga dengan pencapaian peribadinya setakat ini dengan mengumpul 1 pingat emas menerusi acara 100 meter kuak lentang, 2 perak dan 1 gangsa.
"Saya rasa hari ini aksi saya tidak begitu baik dalam kategori 50 meter gaya bebas. Mungkin pada pandangan saya baik tetapi sebaliknya untuk pasukan saya.
"Bagi saya dalam kejohanan ini saya tidak meletakkan sebarang sasaran tetapi saya sudah raih satu emas dan sesuatu yang diluar kawalan saya berlaku, ia masih pengalaman yang baik buat saya." katanya kepada Nadi Arena.
#Renang #SukIPT #Terence Ng