Sukan SEA Thailand: Wushu tegaskan format lama lebih relevan
Shaiful Shamsudin
November 7, 2024 18:20 MYT
November 7, 2024 18:20 MYT
Presiden Persatuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt, sedia mengeluarkan surat aduan dan cadangan untuk sukan kembali menggunakan format yang lama dalam Sukan SEA Thailand tahun depan.
Menurutnya, perubahan itu lebih membebankan dan tidak memberi sebarang kelebihan buat atlet terutama kem negara, malah boleh mengganggu tumpuan dan psikologi seseorang atlet.
"Kami akan melalui Persekutuan Wushu China untuk menghantar surat kepada IOC (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan) Thailand untuk berikan cadangan dan mengapa harus format lama dikembalikan.
"Kami mahu menasihati mereka supaya hanya dua acara digabungkan untuk memenangi satu pingat, bukannya tiga acara.
"Sukan tahap tinggi kebiasaannya diadakan selama tiga hari. Atlet tidak boleh beraksi dalam dua sesi sehari," katanya.