Sukan SEA: Penganjuran bersama umpama pelaburan -- Abang Johari

Saufi Tahir
October 28, 2024 13:42 MYT
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, melihat penganjuran Sukan SEA 2027 bersama kerajaan pusat merupakan sebuah jenis pelaburan untuk meningkatkan profil Sarawak.
Ia juga dilihat sebagai peluang terbaik untuk mempromosikan pembangunan Bumi Kenyalang itu di mata dunia memandangkan temasya itu turut disertai negara-negara di Asia Tenggara.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Hannah Yeoh, menjelaskan Sarawak, Pulau Pinang kekal bersama Kerajaan Pusat sebagai penganjur bersama selepas penarikan diri Sabah.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA adalah pada 2017 yang menelan belanja sekitar RM608j.
Dua negeri lain iaitu Sarawak dengan peruntukan kira-kira RM350j dan Pulau Pinang sebanyak RM15j pula kekal komited meneruskan penganjuran.
"Bagi saya pengajuran (Sukan SEA 2027) ini adalah salah satu bentuk pelaburan, kerana ia melibatkan beberapa negara. Kami ingin berkongsi mengenai pembangunan kami sudah melangkaui Sarawak, malah turut di luar dari Malaysia juga.
"Bagi mereka lihat apa yang kita boleh capai. Jika diberikan tugas, kami akan melaksanakannya dengan profesional dan berjaya." katanya seperti dipetik media-media tempatan.
#Sarawak #Sukan SEA 2027
;