Sukan Malaysia 2024: Gan Chen Jie komited buru pingat emas ketujuh acara menembak

Saufi Tahir
August 20, 2024 20:17 MYT
Atlet menembak Negeri Sembilan, Gan Chen Jie, meleburkan rekod temasya dalam acara 10 meter Ir Rifle individu wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dengan cataran 248.2 mata berbanding 243.7 menerusi V. Shaveena Mei yang pernah dicatat ketika saingan Sukma edisi lalu.
Dengan pencapaian itu, wakil Negeri Sembilan itu juga berjaya menyapu bersih kesemua pingat emas dalam enam acara yang telah disertai selain masih dalam buruan pingat ketujuh untuk acara berpasukan campuran pada Rabu, nanti.
Sebelum kejayaan ini dicipta, Chen Jie, pernah menyertai Sukma 2020 untuk acara lawan pedang sebelum menukar angin ke sukan menembak sejak Sukma edisi lalu.
"Saya berasa gembira, ia penutup yang baik untuk Sukma saya. Tetapi esok saya masih ada acara berpasukan dan saya berharap agar dapat membawa pulang pingat untuk negeri saya.
"Saya akan lakukan yang terbaik untuk esok kerana dalam acara berpasukan memerlukan kerjasama." Katanya.
#Menembak #Sukma #Sukan Malaysia #Sukma Sarawak #Gan Chen Jie