Sukan Komanwel Birmingham: Gandingan Nur Dhabitah-Yan Yee butir pingat perak

Muzaffar Musa
August 6, 2022 11:39 MYT
Gandingan penerjun elit negara, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee, menambah koleksi pingat perak kontinjen negara dalam final acara terjun 3 meter papan anjal seirama wanita di pusat akuatik Sandwell sebentar tadi.
Nur Dhabitah menamatkan saingan dengan keseluruhan 299.85 mata dan hanya ketinggalan 16.68 mata di belakang belakang pemenang pingat emas dari Austrlia, Maddison Keeney-Anabelle Luce Smith.
Wakil Kanada, Margo Claire Erlam-Mia Jolie Doucet Valee, pula memenangi pingat gangsa dengan 297 mata.
Yan Yee seterusnya akan bergandingan dengan Gabriel Gilbert Daim dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran manakala Nur Dhabitah pula akan berpasangan dengan Syafiq Puteh dalam acara sama pada Isnin ini.
Nur Dhabitah sebelum itu akan terlebih dahulu bergandingan dengan Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10 meter platform seirama wanita awal pagi esok.
#Terjun #Nur Dhabitah Sabri #Wendy Ng Yan Yee #Sukan Komanwel Birmingham