Stuani kembali beraksi di Sepanyol

Penulis Jemputan
July 22, 2017 08:35 MYT
Cristhian Stuani kembali ke LaLiga selepas memuktamadkan perpindahan ke Girona dari Middlesbrough.
Pemain berusia 30 tahun itu menyertai kelab Catalan itu dengan kontrak selama tiga tahun dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan, dua tahun selepas berhijrah ke England dari Espanyol.
Stuani mengikut jejak langkah Bernardo Espinosa yang menyertai Girona dari Stadium Riverside selepas jendela perpindahan dibuka.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Girona menyebut: "Kelab dan Middlesbrough telah mencapai persetujuan untuk perpindahan pemain penyerang, Cristhian Stuani.
"Penyerang kebangsaan Uruguay itu menandatangani kontrak selama tiga tahun untuk kekal bersama pasukan sehingga Jun 2020."
Aksi pertama Stuani dalam saingan LaLiga adalah berdepan skuad kendalian Diego Simeone, Atletico Madrid, pada 20 Ogos.
Dia telah membuat 23 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menjaringkan empat gol.
#Middlesbrough #Girona #EPL #LaLiga #Cristhian Stuani
;