Wolves mengesahkan Steve Davis akan kekal sebagai pengurus sementara hingga 2023 tatkala kelab itu meneruskan pencarian calon baru.

Davis mengambil alih tugas itu selepas Bruno Lage dipecat awal bulan ini dengan kelab berkenaan kini di zon penyingkiran.

Malah, sebelum ini bekas pengurus Sevilla, Julen Lopetegui, dilaporkan menolak tawaran yang dihulurkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Sejak mengambil alih tugas sebagai penjaga sementara, Wolves tewas dua daripada tiga perlawanan mereka selain menang ke atas sebuah lagi pasukan bergelut, Nottingham Forest.


Pengumuman itu dibuat selepas pengendali Queens Park Rangers (QPR), Michael Beale, menolak untuk berkhidmat di Molineux.

Dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi kelab itu, Pengerusi Wolves, Jeff Shi, berkata: "Steve dan pasukannya akan mengendalikan pasukan utama untuk tempoh terdekat ini, kami dapat melihat peningkatan.

“Kami tidak bercadang untuk tergesa-gesa mencari pengurus tetap baharu dan tidak akan berkompromi dalam apa cara sekalipun dalam pendekatan kami untuk melantik individu yang paling sesuai untuk kelab ini, skuad ini dan peranan sebagai ketua jurulatih di Wolves. "