Solskjaer sedia terima peluang kedua bersama Manchester United

Ammar Hakim
September 27, 2024 08:26 MYT
Ole Gunnar Solskjaer terbuka untuk kembali sebagai pengurus Manchester United, mengakui tidak akan menolak pelawaan jika kemungkinan itu tiba.
Solskjaer dipeat The Red Devils pada November 2021 selepas hanya tiga musim berkhidmat di Old Trafford.
Pengendali kelahiran Norway itu, yang mengambil alih tempat Jose Mourinho secara interim pada Disember 2018, memimpin United menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat kedua pada musim 2020-21, namun rentetan enam kekalahan dalam 11 perlawanan memaksa perjalanannya bersama kelab itu berakhir.
Pengendali semasa, Erik ten Hag, kini berdepan tekanan berikutan permulaan sukar, di mana yang memperoleh tiga kemenangan daripada lapan perlawanan pembukaan The Red Devils.
Dan Solskjaer, yang berkhidmat sebagai pemerhati teknikal UEFA sejak meninggalkan kelab, enggan menolak peluang kedua jika dipanggil semula.
"Jika keluarga saya [United] bertanya, saya akan berkata ya setiap hari setiap minggu," katanya menerusi sesi soal jawab di Forum Perniagaan Oslo.
"Ia bukanlah perkara yang baik untuk bercakap mengenai jawatan yang disandang individu ketika ini, tetapi saya akan berkata ya."
Dengan jurulatih Norway, Stale Solbakken, dijangka berundur pada penghujung kempen Piala Dunia 2026 mereka, Solskjaer mengakui dia juga akan tergoda dengan peluang untuk mengendalikan negaranya.
"Saya seorang warga Norway yang bangga," tambahnya.
"Sudah tentu, jika persoalan timbul -- apabila Stale memutuskan untuk menarik diri -- saya dengan senang hati untuk menjalankan perbincangan."

Onwards to Sunday ✊#MUFC || #PL pic.twitter.com/4rlZSHZBPq

— Manchester United (@ManUtd) September 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Liga Perdana Inggeris #Ole Gunnar Solskjaer